Thursday, August 19, 2010

SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."


Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith


Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan


Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

Monday, August 2, 2010

10 wasiat Hasan Al-Banna




1. Apabila kamu mendengar azan , bangunlah kerjakan solat serta merta walau apa keadaan sekalipun...


2. Bacalah Al-Quran , tatapilah buku2 ilmiah , pergilah ke majlis2 ilmu , amalkanlah zikrullah , dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah...


3. Berusahalah bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul ialah syiar Islam...


4. Jangan bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa2 kebaikan...

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram...

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara...


7. Janganlah bercakap dengan nyaring melebihi kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu yang sia2 dan akan menyakiti orang...


8. Jauhilah daripada mengumpat , mengecam pertubuhan2 , dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberikan kebaikan...


9. Berkenal-kenallah sesama muslim dengan niat kerana Allah dan berkenalan dengan kasih sayang...


10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu (الواجبات أكثر من الأوقات). Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya...


Sama2 kita muhasabah wahai sahabat2 sekalian...:)

Sunday, August 1, 2010

Pembahagian Ahli Kepada Unit-Unit

Assalamualaikum wbt....


Proses pembahagian ahli kepada unit-unit sedang giat dijalankan dan proses menyiapkan database baru hampir selesai... Unit keahlian cuba sedaya upaya untuk menyiapkan pembahagian ahli secepat mungkin supaya setiap unit dapat melakukan gerak kerja awal bagi program2 akan datang... InsyaAllah nama ahli baru di'sub'kan ke setiap unit... Makluman kepada semua unit... Ahli lama telah dirombak balik oleh kerana ramai di kalangan mereka yang telah grad dan terdapat juga beberapa kesilapan database sebelum ni... Jadi ana membuat keputusan berdasarkan musyawarah bersama AJK dan kami memutuskan untuk membuat database yang baru untuk memudahkan urusan selepas ni... Ahli2 baru ni kebanyakannya adalah daripada pelajar tahun satu yang baru mendaftar untuk sem ni dan segelintir daripada tahun2 lain... Ana akan inform kepada setiap unit apabila proses pembahagian ahli SPMM telah selesai... Mohon maaf atas segala khilaf... Wallahua'lam...

"Dakwah laju , Islam maju"....