Wednesday, March 30, 2011

WAHAI PARA DA’IE

KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.


"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

- Al-Baqarah, 42 -

Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

-Ali-Imran, 104 -

Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu."

- H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -

Wahai para dai'e,

Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal"

- H.R Malik, al-Syafi'e -


Wahai para dai'e,

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
- Al-Baqarah, 44 -

Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".
- Ad-Dhuha,11 -


Sumber : Iluvislam

Thursday, February 17, 2011

Hati mulia disayangi Allah dan manusia

NABI SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah menyeru Jibril dengan firman-Nya: Sesungguhnya Allah kasihkan dia maka hendaklah engkau mengasihinya. Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan dia maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; selepas itu orang yang itu dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: Sesungguhnya Aku bencikan dia maka hendaklah engkau bencikan dia. Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: Sesungguhnya Allah bencikan dia maka hendaklah kamu sekalian membencinya; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang itu dibenci dan dipulaukan di bumi.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk, dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan.

Orang yang mempunyai sifat dan amalan baik sesungguhnya amat dikasihi Allah. Dia juga disayangi sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai sewajarnya supaya kesan kebaikan dan kejahatan dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya pada hari akhirat.

Selaku manusia biasa, adalah tidak layak untuk menilai buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah saja berhak berbuat demikian. Wallahua'lam. Sekadar peringatan.

Monday, February 14, 2011

Ingatan buat diriku dan dirimu


PERINGATAN UNTUKKU DAN UNTUKMU

1- Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2- Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

3- Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin.

4- Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5- Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

6- Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

7- Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

8- Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.

9- Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

10- Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

The Chosen One

Sedang dia sujud di dalam solat, cucu kesayangannya menaiki belakangnya. Tidak mahu mengasari si kecil, sujudnya itu dipanjangkan. Para sahabat yang menjadi makmum di belakang, menjadi sedikit hairan. Persoalan mereka terjawab jua akhirnya, seusai mereka menunaikan solat secara berjemaah. Oh, mulianya hati seorang datuk. Tidak memarahi jauh sekali mengasari.

Si buta itu, sering kali menyatakan kebencian kepadanya. Di caci dan di hina, Namun jarang sekali dia berputus asa. Kasih sayang yang ada mengatasi sifat ammarah. Dengan lembut, terus sahaja disuap si buta itu. Tanpa jemu. Sehinggalah akhirnya dia di panggil menghadap Illahi barulah si buta itu mengetahui bahawa yang di sering di caci itulah yang sering menyuapi. Lantas, lafaz syahadah meniti di bibir. Oh, mulianya hati seorang insan.

Sering sahaja dia memanggil isterinya dengan panggilan yang menyejukkan hati. Panggilan manja menceriakan rumah tangga. Kesibukan yang melanda tidak menjadi penghalang untuk dia meluangkan masa bersama isterinya. Menjahit. Memasak. Bergurau senda. Oh, sungguh unggul peribadi suami mithali.

Jirannya itu begitu memusuhinya. Sering sahaja dilemparkan sampah di hadapan rumahnya dengan bertujuan untuk menyakitinya. Tiada dendam jauh sekali ammarah. Hatinya bergitu tulus. Ketika sang jiran tidak melakukan perkara yang menjadi rutin hariannya, dia berasa hairan. Dirisik khabar. Barulah dia mengetahui bahawa sang jiran ditimpa musibah. Lantas, dijenguk jirannya, tanda prihatin. Lahirlah pengakuan ikhlas dari hati, bahawa tuhan itu Allah yang satu, dan Muhammad itu utusan tuhanku.

Dia itu, adalah dia yang unggul peribadinya. Seorang yang luhur dan tulus. Tidak pernah mengasari, bahkan sering mencintai. Yang tua dihormati, yang muda di kasihi. Yang lemah dibantu. Dia, seorang pemimpin yang agung. Suami yang memahami. Ayah yang penyayang. Datuk yang pengasih. Segala sifat kemulian ada padanya. Dan dia pernah berkata,

‘Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq’

Siapakah dia? Dia adalah utusan yang mulia, Muhammad, insan yang terpuji sesuai dengan nama yang diberi.

Sempena ulangtahun kelahiran baginda yang disanjung, marilah bersama menyemarakkan kecintaan kepada baginda dengan berselawat sebanyak-banyaknya kepada baginda. Selawat dengan penuh kecintaan. Firman Allah,

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Mari bersama menyemarakkan semangat penuh kecintaan kepada baginda.

THE CHOSEN ONE.

In a time of darkness and greed

It is your light that we need

You came to teach us how to live

محمد يا رسول الله

You were so caring and kind

your soul was full of light

You are the best of mankind

محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

From luxury you turned away

And all night you would pray

Truthful in every word you say

محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun

Your beauty equaled by non

You are Allah Chosen One

محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

I'll try to follow your way

And do my best to live my life

as you taught me

I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

صلّوا على رسول الله

Oh

Peace be upon.. Oh

The Chosen One

*petikan dari satu sumber