Sunday, August 1, 2010

Pembahagian Ahli Kepada Unit-Unit

Assalamualaikum wbt....


Proses pembahagian ahli kepada unit-unit sedang giat dijalankan dan proses menyiapkan database baru hampir selesai... Unit keahlian cuba sedaya upaya untuk menyiapkan pembahagian ahli secepat mungkin supaya setiap unit dapat melakukan gerak kerja awal bagi program2 akan datang... InsyaAllah nama ahli baru di'sub'kan ke setiap unit... Makluman kepada semua unit... Ahli lama telah dirombak balik oleh kerana ramai di kalangan mereka yang telah grad dan terdapat juga beberapa kesilapan database sebelum ni... Jadi ana membuat keputusan berdasarkan musyawarah bersama AJK dan kami memutuskan untuk membuat database yang baru untuk memudahkan urusan selepas ni... Ahli2 baru ni kebanyakannya adalah daripada pelajar tahun satu yang baru mendaftar untuk sem ni dan segelintir daripada tahun2 lain... Ana akan inform kepada setiap unit apabila proses pembahagian ahli SPMM telah selesai... Mohon maaf atas segala khilaf... Wallahua'lam...

"Dakwah laju , Islam maju"....

Saturday, July 31, 2010

Pameran SPMM sempena minggu KARSIS

Minggu lepas pihak MPP USIM menganjurkan Karnival Mahasiswa (KARSIS)... SPMM dan beberapa kelab dan persatuan di sini diberi peluang untuk membuat pameran bagi memperkenalkan persatuan n kelab masing2... Jadi Unit Keahlian dan Unit IT telah ditaklifkan untuk incharge pameran ni bagi memperkenalkan SPMM kepada pelajar2 baru yang mendaftar masuk sekaligus membuka keahlian baru kepada mereka... Alhamdulillah mendapat sambutan yang memuaskan dan semua berjalan lancar atas kerjasama semua... Sedikit gambar untuk tatapan semua yang sempat ana snap... Walaupun x banyak tapi boleh la kiranya untuk dikongsi... :)



AJK SPMM bergilir2 menjaga booth SPMM...

Antara pengunjung yang hadir dan kebanyakannya dari kalangan first year...

Adik2 ingin mengetahui tentang SPMM...

Pengunjung mengisi borang keahlian SPMM untuk mendaftar sebagai ahli baru...

Syukran jazeelan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung dalam menjayakan pameran kali ni... Terutama kepada Exco unit keahlian (Halim , Baesyh , Mina , Farihah , Atikah , Razif , Fadhil) dan unit IT(Kak Syaz bersama AJKnya)... Juga exco2 lain yang bergilir2 menjaga booth... Penghargaan kepada Daing , Hafiz , Ubaidah yang bertungkus lumus membantu dan penghargaan juga buat Huda Sakinah , Saadah , Syusyu , Fina , Mira dan exco lain yang turut sama turun padang membantu kami... Bersyukur sangat sebab semua exco memberi khidmat yang terbaik... Moga kalian diberi ganjaran berlipat ganda dari Allah.. Moga Allah merahmati kalian... Barakallahu fikum... Amin...

"Sesiapa yang berminat ingin menyertai SPMM bolehlah mendapatkan borang keahlian di bilik SPMM bertempat di aras 2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan... Keahlian masih dibuka"...:)






Nasihat Imam Al-Ghazali


Nasihat Imam Al-Ghazali...

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak itu belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2. Apabila bertemu dengan orang tua , anggaplah ia lebih mulia daripada kita kerana ia sudah lama beribadat...

3. Jika berjumpa dengan orang alim , anggaplah ia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka ketahui dan pelajari...

4. Apabila melihat orang jahil , anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan kita sudah mengetahui... Nauzubillah....

"Ya Allah , peliharalah hati2 kami , peliharalah jua iman2 kami... Kami tak mampu tanpa bantuan dariMU.... " Aminnn....

Rahsia 5 jari


1. Cuba tengok jari anda... Genggam kuat2 dan angkat ke atas sambil laung 'Allahu Akbar'... Itulah rukun Islam yang mesti dijunjung...

2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2... Itulah kewajipan solat 5 waktu... Jangan diabaikan...

3. Letak tangan di atas meja dan perhatikan... Bermula dari jari kelingking yang kerdil dan kecil , macam manusia dan apa pun akan bermula dari kecildan kemudian membesar dan terus membesar... Itulah fitrah insan dan alam semesta... Apa jua yang kita lakukan akan bermula dari kecil atau dari bawah... Kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan yang besar pada masa depan...

4. Kemudian tengok jari kedua, jari manis... Macam tu juga la dengan usia remaja,semuanya manis... Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan... Hanya iman dan taqwa akan tunjukkan jalan kebenaran...

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita... Kita punya status, pangkat, karier yang stabil tapi kita mesti berhati2 sebab masa ni la banyak 'hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda... Hantu dengki , hantu ego , hantu tamak , hantu cemburu , dan macam2 lagi... Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk perangkap nafsu dan syaitan... Jadi lipat gandakanlah amalan dan ibadat...

6. Jari telunjuk pula, jari ni lah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat... Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan lihat bagaimana gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh tauladan pada jari2 yang lain... Macam tu juga dengan kita perlu jadi 'role model' kepada generasi baru...

7. Akhir sekali, ibu jari... Besar, gemuk dan pendek jika dibandingkan dengan jari2 yang lain... Tapi itulah yang melambangkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan... Kenapa saya kata begitu??? Kerana dengan ibu jari la kita dapat lakukan urusan dengan baik dan lancar... Cuba bayangkan jika ibu jari tiada... Nak buat kerja dan urusan atau nak pegang sesuatu pun susah... Tanpa ibu jari semua x lengkap... Jadi renung2kanlah... Segala apa yang Allah ciptakan pasti ada kelebihan dan rahsia yang tersirat.... Cuma mungkin tak dapat disingkapkan dengan zahiriah.... Wallahua'lam...:)

Thursday, July 29, 2010

Salam Ukhuwwah Fillah

Assalamualaikum wbt...

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kite...
Salam sejahtera dan salam ukhuwwah kepada semue... Semoga hari ni lebih baik dari hari2 sebelum ni... Ape khabar iman kamu hari ni?? Moga ia masih terjaga dari hasutan syaitan yang sentiase ingin menyesatkan manusie... Jua moga ia terhindar dari tipu daya dunia yang melalaikan.... Moga Allah melindungi kite semue... InsyaAllah....

Pihak admin memohon ribuan ampun dan maaf kerana lame sangat x update blog ni... Ini disebabkan ana baru saje mengambil alih tugas untuk meng'update' blog keahlian SPMM ni... Sebelum ni blog ni dikendalikan oleh admin lain... InsyaAllah ana akan cube utk sentiasa update blog ni walaupun ana x berape mahir dalam ber'blog' ni... Cume ana akan cube yang terbaik utk menjadikan blog ini akan ade penambahbaikan selepas ni.... Mohon maaf atas segale khilaf... Salam ukhuwwah untuk semua....

Monday, August 17, 2009

Pergi Tak Kembali.....


asriImej009

Sungguh mengejutkan.

Saya menerima sms daripada Ustaz Zabidi Mohamed kira-kira jam 11:40 pagi tadi.

Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.

Kehilangan Ustaz Asri Ibrahim amat dirasa kerana beliau dan nasyidnya di dalam kumpulan Nadamurni dan kemudiannya Rabbani, telah saya dampingi semenjak di usia kecil. Nasyidnya, zikirnya, doanya, malah tazkirah dan nasihatnya, adalah peneman diri dalam kehidupan dan perjuangan. Moga segalanya menjadi amal kebaikan peneman diri beliau dalam kembara pergi tak kembali itu.

Memetik ucapan Ustaz Asri Ibrahim di blog beliau:

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“

Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya ke atas roh Almarhum, dan mengurniakan sabar dan tabah sebanyak-banyakkan buat seluruh ahli keluarga beliau.

2_156(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]




PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Setelah seluruh hidupku pada liku suka dukanya ditemani oleh buah tangan Ustaz Asri Ibrahim, mudah-mudahan buah tangan itu kini menjadi amal soleh yang menemani perjalanan al-Marhum di alam yang sepi dan sunyi itu.

Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


p/s: Bila pulak ajal kita dtg>?tiada siapa yg tahu

Friday, August 14, 2009

PEMIKIR '09


SALAM PEMIKIR

DIJEMPUT KEPADA SELURUH WARGA USIM untuk hadir beramai2....

Disini terdapat sedikit perubahan,

UCAPATAMA AKAN DISAMPAIKAN OLEH:

DR. ZULKIFLI AL-BAKRI
MANTAN PENSYARAH FSU, USIM